PEPERIKSAAN PMR 2012
SMKTP GEMILANG!
PEPERIKSAAN SPM 2012
SMKTP CEMERLANG!

E-Permohonan

Permohonan UPU/IPTA

 

 

Sentuhan Kreatif:
Web Design Services
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi SMK Tanjung Pengelih
Seminar Qmaths PDF Print E-mail
Tulisan oleh AdminSMKTP   
Rabu, 18 Januari 2012 08:59

 

Untuk makluman, SMKTP dengan kerjasama PIBG akan mengadakan Seminar Matematik Pantas yang akan berlangsung pada 19 Januari 2012 khas untuk semua pelajar SMKTP. Seminar akan dijalankan selama 2 jam di Dewan Azzarkashie pada pukul 2.30 petang.

Kepada ibu bapa juga dijemput hadir untuk bersama-sama mengenali dan mendalami kaedah matematik yang mudah dan pantas. Jangan lepaskan peluang ini! Penyertaan adalah PERCUMA.

Rujukan : http://qmathsjohor.blogspot.com/

 

 
Permohonan IPTA Sesi November 2011 / Februari 2012 PDF Print E-mail
Tulisan oleh AdminSMKTP   
Isnin, 09 Januari 2012 23:39

 

Permohonan UPU atau IPTA bagi lepasan SPM 2011 kini sudah pun dibuka. Pembelian nombor pin UPU boleh didapati di bank BSN terutamanya.

Perlu di ingatkan bahawa permohonan UPU melalui 2 fasa secara online. Permohonan ke IPTA ini dijangka tutup pada bulan April 2011. Berikut adalah tarikh penting tentang permohonan UPU bagi calon lepasan SPM 2011.

 

Tarikh Permohonan UPU

UPU FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan : Nov – Dis 2011


UPU FASA 2 – Pengesahan Permohonan & Pilihan Program Pengajian : Jan –Apr 2012


Permohonan Ditutup : April 2012


Keputusan Permohonan : Mei 2012


Pendaftaran Pelajar Baru : Mei/Jun/Julai 2012

 

 

 
Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012 PDF Print E-mail
Tulisan oleh AdminSMKTP   
Rabu, 04 Januari 2012 00:21

Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik / Sekolah Menengah Vokasional

Para pelajar yang telah mendapatkan keputusan PMR 2011 dan ada membuat permohonan memasuki Tingkatan 4 2012 ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai 30 Disember 2011 pukul 8.00 malam.


Sementara itu difahamkan terdapat para pelajar yang telah mula menerima panggilan telefon atau surat yang memaklumkan mereka telah berjaya mendapat tawaran samada ke KV, SMT atau SMV.

 

 

Semakan Permohonan KV SMT SMV


§ Semakan permohonan ke Tingkatan 4 KV, SMT dan SMV boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.

§ Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke KV, SMT dan SMV 2012 adalah di Semakan Kemasukan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2012.

(NOTA : Semakan sudah boleh dibuat)

 

 


Rayuan


§ Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.

§ Rayuan boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.

§ Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.

 

Maklumat


§ Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik / Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 / 5073.

 

 
Baju Baru Rumah Sukan & Logo Bergaya 2012 PDF Print E-mail
Tulisan oleh AdminSMKTP   
Isnin, 02 Januari 2012 00:48

Tahun 2012 sekali lagi pembaharuan dilakukan di SMKTP dengan memperkenalkan baju baru rumah sukan KD Tuanh, KD Jebat, KD Lekiu dan KD Lekir. Logo yang begitu gagah di pandangan mata dan tahun 2012 pasti lebih bergaya dengan baju baru!

Untuk melihat gambar baju rumah sukan 2012. terus ke Facebook sekolah.

 

 
Sesi Persekolahan 2012 PDF Print E-mail
Tulisan oleh AdminSMKTP   
Ahad, 01 Januari 2012 22:25

Selamat kembali ke sekolah. Persekolahan 2012 akan bermula. SMKTP juga sudah bersiap sedia pada 02 Januari 2012 merupakan Pendaftaran Tingkatan 1-5 serta hari Konsultasi Kali Ke-02 bagi peperiksaan Akhir Tahun 2011. Ibu bapa juga boleh mengambil peluang pada hari ini untuk membeli peralatan sekolah di Kedai Buku SMKTP.

 

Tahun 2012, sedia untuk ditempuhi dengan penuh cabaran demi melahirkan modal insan yang cemerlang dari semua segi.

 
<< Mula < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Lagi > Akhir >>

TEMUI KAMI DI FACEBOOK

GAMBAR AKTIVITI BOLEH LIHAT DI FACEBOOK KAMI


PENGETUA TERCINTA

Hjh Noraaini Binti Hashim

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Info Sekolah

28-30 DIS 2011
Mesyuarat Guru
Bilik Mesyuarat



02 JAN 2012
Pendaftaran Tingkatan 1-5
Persekolahan Tahun 2012



02 JAN 2012
Hari Konsultasi
Peperiksaan Akhir Tahun



02 JAN 2012
Pembelian Peralatan Sekolah
Kedai Buku SMKTP



MAKLUMAN
Awal Januari
1.Minggu Orientasi Tungkatan 1
2.Merentas Desa Sekolah
3.Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-08

Log Masuk



Undian

Apa Pandangan Anda Tentang Laman Web Ini?
 
Jika anda lepasan STPM, STAM atau Matrikulasi, bagaimanakah anda ingin memanfaatkan cuti sementara menunggu kemasukan ke IPT?
 

Mesej



Dilawati 7 tetamu online

Jumlah Pelawat

:: PENAFIAN ::

Pihak SMKTP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.



Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas.


SMK TANJUNG PENGELIH

81600 Pengerang Johor Darul Takzim

Tel/Fax :

+607-8253610

Emel :

smktanjungpengelih@yahoo.com.my

Laman Web :

www.smktanjungpengelih.edu.my

Blog :

www.smktanjungpengelih-jea3054.blogspot.com