|
Selamat Tinggal Cikgu Azli |
|
|
|
|
Tulisan oleh AdminSMKTP
|
|
Jumaat, 22 Januari 2010 22:12 |
|

Suasana suram dan pilu saat selepas bacaan Yasin dan solat hajat berjemaah pada 22 Januari di mana merupakan hari terakhir amanat Cikgu Azli kepada pelajar kerana beliau akan berpindah ke SMK Adela selepas ini. Pelajar-pelajar dan rakan sekerja semua merasakan satu kehilangan permata yang sangat berharga dari SMK Tanjung Pengelih kerana banyak idea-idea dan program yang hebat-hebat hasil cetusan dari Cikgu Azli untuk para pelajar SMKTP dalam mencapai kecemerlangan Kurikulum. Ini terbukti kerana sejak kehadiran Cikgu Azli juga telah menaikkan lagi nama SMKTP kerana hasil keputusan cemerlang dalam SPM dan PMR yang setiap tahun meningkat. Sukar mencari seorang pentadbir yang mesra dan toleransi seperti Cikgu Azli yang sentiasa menceriakan suasana persekitaran kerja di SMKTP. Banyak juga pengorbanan yang beliau dari segi harta dan tenaga untuk SMKTP yang hanya tuhan sahaja mengetahui dan mampu membalasnya. Kerana itu SMKTP terasa kehilangan sebutir PERMATA! Semoga Cikgu Azli akan bersemangat bekerja di tempat baru. Kenang kami di hati Cikgu Azli biarpun berat hati meninggalkan SMKTP, namun beginilah jalan kehidupan yang sentiasa penuh cabaran. Kami semua gembira bekerja dengan Cikgu Azli. KAMI WARGA SMKTP SAYANG CIKGU AZLI!!

|
|
|
Tulisan oleh AdminSMKTP
|
|
Sabtu, 02 Januari 2010 20:51 |
|

Pada 01 Januari 2010 merupakan Pendaftaran Tingkatan 1 di SMK Tanjung Pengelih. Sesi pendaftaran berjalan dengan lancar dan diucapkan terima kasih kepada ibubapa yang telah meluangkan masa mendaftarkan anak mereka di sekolah ini. Tuan Pengetua, En Aswan Bin Pardi dan Guru Kanan HEM telah memberikan sedikit taklimat kepada ibubapa dan pelajar sebelum pendaftaran.
Kepada pelajar baru, SELAMAT DATANG kami ucapkan dan selamat menempuh alam persekolahan menengah pula. Semoga cemerlang dan berjaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi dan jadikan sekolah ini sebagai batu loncatan untuk ke arah kecemerlangan.

|
|
Penggal Persekolahan Tahun 2010 |
|
|
|
|
Tulisan oleh AdminSMKTP
|
|
Isnin, 28 Disember 2009 19:17 |
|
KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 Oleh Y.BHG. TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM, KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Selasa, 8 September 2009, bersamaan 18 Ramadan 1430H
Setelah mendapat persetujuan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa Penggal Persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2010 akan bermula pada 3 Januari 2010 dan tamat pada 18 November 2010 bagi sekolah-sekolah Kumpulan A, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B akan bermula pada 4 Januari 2010 dan tamat pada 19 November 2010.
Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah sebanyak 210 hari manakala jumlah cuti penggal adalah 78 hari. Jumlah hari persekolahan sebanyak 210 hari itu memberi ruang kepada semua sekolah untuk menikmati 4 hari Cuti Peristiwa dengan sepenuhnya. Keseimbangan minggu persekolahan dan cuti bagi Penggal 1 dan Penggal 2 adalah seperti berikut:
|
PERSEKOLAHAN DAN CUTI
|
PENGGAL 1
|
PENGGAL 2
|
|
Hari Persekolahan
|
10 minggu
|
11 minggu
|
|
Cuti Sekolah
|
9 hari
|
9 hari
|
|
Hari Persekolahan
|
11 minggu
|
10 minggu
|
|
Cuti Sekolah
|
16 hari
|
44 hari
|
PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010
KUMPULAN B
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
|
Penggal
|
Cuti Dan Hari
Persekolahan
|
Mula
|
Akhir
|
Bil.
Minggu
|
Bil.
Hari
|
|
1
|
Hari
Persekolahan
|
04.01.2010
|
12.03.2010
|
10
|
50
|
|
Cuti Pertengahan
Penggal
|
13.03.2010
|
21.03.2010
|
-
|
9
|
|
Hari
Persekolahan
|
22.03.2010
|
04.06.2010
|
11
|
55
|
|
Cuti Pertengahan
Penggal
|
05.06.2010
|
20.06.2010
|
-
|
16
|
|
2
|
Hari
Persekolahan
|
21.06.2010
|
03.09.2010
|
11
|
55
|
|
Cuti Pertengahan
Penggal
|
04.09.2010
|
12.09.2010
|
-
|
9
|
|
Hari
Persekolahan
|
13.09.2010
|
19.11.2010
|
10
|
50
|
|
Cuti Akhir Tahun
|
20.11.2010
|
02.01.2011
|
-
|
44
|
|
JUMLAH
|
42
|
28
|
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 210
Jumlah Hari Cuti Penggal : 78

|
|
TAHNIAH! Buat Pelajar PMR 2009 |
|
|
|
|
Tulisan oleh AdminSMKTP
|
|
Khamis, 24 Disember 2009 22:32 |
|

Tahniah buat pelajar PMR 2009 SMK Tanjung Pengelih! Debaran telah terjawab pada hari ini dengan keputusan yang membanggakan dengan peratus naik dari 66.67% ke 68.75%. Manakala GPS juga menaik sebanyak 0.30 iaitu dari 2.82 ke 2.52. Pencapaian ini menjadikan SMK Tanjung Pengelih berada pada kedudukan yang ke-4 sekolah-sekolah di daerah Kota Tinggi dan kedudukan ke-52 seluruh Johor yang mempunyai sekolah menengah sebanyak 243 buah.
Seramai 2 orang mendapat 7A1B dan seorang mendapat 7A1C. Biarpun tidak mencapai sasaran 8A yang ditetapkan, namun pihak sekolah sangat bersyukur dengan berita gembira ini kerana mencapai ETR 2.71 ke 2.52.
Satu keputusan yang membanggakan bagi SMK Tanjung Pengelih walau berada diluar bandar, namun tidak menghalang dari mencipta kejayaan demi kejayaan. Semoga SMK Tanjung Pengelih akan terus mencipta kecemerlangan dan kegemilangan setiap tahun.

7A 1B
RIDHWAN BIN MARZAN
MOHD SHAFIQ BIN MOHD YUSOF
7A 1C
MUHAMAD IZWAN BIN NORDIN

|
|
Keputusan PMR 24 Disember 2009 |
|
|
|
|
Tulisan oleh AdminSMKTP
|
|
Jumaat, 18 Disember 2009 01:51 |
|

Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan 24 Disember ini dan semua calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah mulai jam 10 pagi. Kementerian Pelajaran dalam kenyataannya berkata, calon persendirian akan menerima keputusan mereka melalui pos. Seramai 475,182 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini dan daripada jumlah itu, 442,611 adalah calon dari sekolah Kementerian Pelajaran. Jumlah calon swasta yang mendaftar ialah 13,561 orang manakala calon persendirian 338 orang.
Calon PMR SMK Tanjung Pengelih seramai 33 orang, setelah 2 bulan menanti, kini masanya hampir tiba. Khamis yang penuh debar. Semoga pelajar PMR 2009 SMK Tanjung Pengelih mendapat keputusan cemerlang dengan jayanya. YAKIN BOLEH KEMAMPUAN ANDA!

|
|
|
|
|
<< Mula < Sebelumnya 1 2 3 4 Lagi > Akhir >>
|