|
Tulisan oleh AdminSMKTP
|
|
Khamis, 17 Disember 2009 00:00 |
|
Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
Pihak SMK Tanjung Pengelih Mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam semoga Allah jadikan Subuh kita Cahaya, Zohor kita Gembira, Asar kita Bahagia, Maghrib kita Keampunan, Isyak kita Keberkatan, Doa kita Diterima, Rezeki kita Diberkati, Serta Dibuka pada kita pintu Syurga tanpa sempadan.

 “Hijrah itu pengorbanan, Hijrah itu perjuangan, Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan…”

|
|
|
Selamat Tinggal SMK Tanjung Pengelih |
|
|
|
|
Tulisan oleh AdminSMKTP
|
|
Rabu, 16 Disember 2009 22:36 |
|

TAHNIAH kepada 2 orang guru SMK Tanjung Pengelih yang akan berpindah iaitu Cikgu Norasliza Binti Hassan yang berpindah ke SMK Seri Alam, Pasir Gudang dan Cikgu Siti Nurul Haizan Binti Sabli akan berpindah ke SMK Sri Aman. Masing-masing ikut suami, tahniah kerana berjaya pindah dan semoga lebih bahagia di sekolah baru, bersama suami dan anak-anak. Terima kasih atas jasa bakti sumbangan anda berdua di sekolah ini.
Bertambahlah dan semakin panjanglah episod nostalgia kali ini, dan kepada guru ganti baru En Azhar Bin Hussin dan Pn Hamimi Binti Muhammad kami ucapakan SELAMAT DATANG dan selamat mengenali serta mencintai sekolah ini seadanya seikhlas serumpun dan menjadi komuniti Tanjung Pengelih. Gambar akan dikemaskinikan nanti. Tidak lupa kepada guru yang memohon pindah tetapi tidak berjaya, jangan kecil hati kerana jodoh kita masih kuat di sini biar badai menimpa, kuatkan semangat dan jangan putus asa kerana suatu hari nanti pasti akan tercapai niat suci anda itu.
Jangan lupa langgan berita dan info terbaru kepada guru-guru yang berpindah untuk sentiasa mengetahui perkembangan semasa sekolah dan juga jangan lupa untuk sertai komuniti Tanjung Pengelih di laman ALUMNI SMKTP (Facebook). Inilah wilayah komuniti anda!

|
|
Bergaya - Baju Baru Aktiviti Kokurikulum |
|
|
|
|
Tulisan oleh AdminSMKTP
|
|
Sabtu, 12 Disember 2009 14:19 |
|
   
Tahun 2010 melangkah dengan semangat yang membara Unit Kokurikulum telah menghasilkan baju baru yang lebih bergaya, elegan dan yang pastinya cukup menggoda mampu mencairkan mata pihak luar memandang. Baju Kokurikulum kali ini menggunakan kain jersi yang mengelakkan penyerapan peluh yang banyak sesuai dengan aktiviti kokurikulum pada tahun ini.
Adakah dengan semangat baju baru kali ini akan meningkatkan semangat untuk kecapi kejayaan dalam setiap akiviti dan penyertaan sukan di peringkat daerah? Kita nantikan...

|
|
XPDC Tawan Gunung Lambak Rakan Muda Lepasan PMR 2009 |
|
|
|
|
Tulisan oleh AdminSMKTP
|
|
Isnin, 23 November 2009 22:30 |
|



Guru-guru dan ibu pelajar yang berani menyahut cabaran mendaki

Gunung Lambak kau ku tawan jua akhirnya...
Pada 13 dan 14 November lalu XPDC Tawan Gunung Lambak akhirnya menjadi kenyataan dan merupakan satu sejarah SMK Tanjung Pengelih kerana inilah julung kalinya XPDC ini diadakan. Syukur semuanya selamat pergi dan balik walaupun saat pergi kami tiba pada waktu malam dan hujan lebat, namun ianya tidak melunturkan semangat kami untuk mendirikan khemah dan kami bernasib baik kerana pihak Gunung Lamabk Eco Resort, Kluang banyak memberi bantuan terutamanya En. Kamal terima kasih di atas segalanya.
Akhirnya Gunung Lambak berjaya kami tawan! Terima kasih atas usaha Cikgu Zulfikar menjayakan usaha hebat ini dan juga kerjasama guru yang terlibat, tanpa anda XPDC ini sukar dilaksanakan. Kepada mereka yang menjayakan XPDC ini... ANDA JUARA!
Tahun 2010 dalam perancangan untuk XPDC ke gunung lain. Gunung apa? kita tunggu dan lihat. 2010... SEJARAH AKAN TERCIPTA LAGI!

|
|
LIHATLAH DUNIA! - Portal Rasmi SMK Tanjung Pengelih |
|
|
|
|
Tulisan oleh AdminSMKTP
|
|
Ahad, 22 November 2009 22:57 |
|

Dunia kini dalam genggaman kita. Dunia teknologi maklumat kini semakin berkembang setiap hari. Oleh itu sewajarnya jika dunia pendidikan menjadi peneroka utama untuk menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran yang ada di dalamnya.
Dunia tanpa sempadan ini tentunya memberi peluang kepada kita, bukan sahaja untuk mendapatkan ilmu malah lebih jauh dari itu.
Laman web sekolah ini dihasilkan bagi memenuhi permintaan teknologi yang mana bertujuan untuk menghubungkan sekolah dengan dunia luar agar lebih dekat lagi untuk mengenali sekolah ini di hati. dan dengan kewujudan laman web ini di harap ianya dapat memberikan segala informasi tentang perkembangan sekolah terutamanya ibu bapa/pelajar sekolah ini.
Biarpun terpaksa bersusah payah dengan sedikit ilmu yang ada tentang ICT dan samar-samar dalam penghasilan laman web, namun dengan hati tabah pihak admin teruskan jua dengan harapan pada tahun 2010 www.smktanjungpengelih.edu.my akan di lancarkan dengan jayanya nanti. Kini lihatlah dunia... SMK Tanjung Pengelih menjadi tatapan dunia jua akhirnya!

|
|
|
<< Mula < Sebelumnya 1 2 3 4 Lagi > Akhir >>
|