|
Sambutan Maulidur Rasul SMKTP 2010 |
|
|
|
|
Tulisan oleh AdminSMKTP
|
|
Jumaat, 26 Mac 2010 13:17 |
|

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 26 Mac 2010 dengan penuh keinsafan dan penghayatan ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Majlis diisi dengan perarakan, bacaan Yasin, Marhaban, Bacaan Al Quran oleh En Azhar Bin Husin dan juga dendangan nasyid sekolah dari kumpulan RIJALULAKHYAR.
Jamuan juga disediakan dan kemudiannya penceramah khas dari KDSI iaitu Yang Berbahagia Mejar Wan Madzlan bin Wan Abdullah ( Pegawai KAGAT KDSI Tanjung Pengelih-Penceramah Motivasi Pagi TV3 ) memberi ceramah dan tetamu kehormat iaitu YDP PIBG Lt Kdr Isa Bin Ahmad TLDM juga turut bersama dan meluangkan masa memberi hadiah kepada pemenang kuiz Maulidur Rasul.
Semoga dengan majlis yang penuh keberkatan ini, akan memudahkan perjalanan di Padang Mahsyar di belakang Rasullullah menuju ke syurga Allah.Amin.

|
|
|
Perkhemahan Orientasi PKBM [L] Zon Selatan Di KDSI |
|
|
|
|
Tulisan oleh AdminSMKTP
|
|
Sabtu, 13 Mac 2010 23:33 |
|

Perkhemahan Orientasi PKBM [L] Zon Selatan telah diadakan pada 12 - 15 Mac 2010. Pengalaman yang tak mampu dilupakan bagi kadet PKBM sekolah kerana banyak input yang dapat dijadikan ilmu dan kenangan. Perkhemahan yang diadakan setiap tahun itu mendapat kerjasama dari KDSI, segala jasa baik pihak KDSI amat kami hargai dalam menjayakan segala pergerakkan unit beruniform PKBM ini.
Semoga tahun-tahun akan datang menjadikan PKBM [L] lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Kepada pelajar-pelajar yang menyertai orientasi kali ini, tahniah kerana berjaya jua menamatkannya tanpa ada rasa serik dalam hati. Anda memang HEBAT!
YA SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN PKBM [L] INI MEMANG HEBAT! Sedikit kenangan yang dirakamkan semasa malam pertama orientasi. Layan...

|
|
Keputusan SPM 2009 SMK Tanjung Pengelih |
|
|
|
|
Tulisan oleh AdminSMKTP
|
|
Khamis, 11 Mac 2010 23:20 |
|
PENCAPAIAN SPM SMK TANJUNG PENGELIH 2005 - 2009

Hari ini 11 Mac merupakan satu debaran dalam menanti keputusan SPM 2009 SMKTP. Akhirnya debaran yang di nanti-nanti terjawab jua setelah hampir 4 bulan menunggu. Syukur keputusan SPM SMK Tanjung Pengelih pada tahun ini meningkat dari segi peratusnya, namun sedikit kecewa kerana GPS menurun yang agak tinggi.
Namun segala kita telah mencuba yang terbaik. Kepada yang berjaya TAHNIAH kami ucapkan dan yang kurang memuaskan keputusan anda, jangan putus asa kerana perjalanan hidup ini masih jauh lagi.
Kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat ingin melanjutkan pelajaran tetapi masih tidak tahu hendak ke mana, silalah berjumpa terus dengan En. Zulfikar Amirruddin untuk sesi perbincangan dan khidmat nasihat dalam pemilihan kursus yang sesuai dengan anda demi pemilihan kerjaya anda!

|
|
Kejohanan Olahraga Mini SMKTP 2010 |
|
|
|
|
Tulisan oleh AdminSMKTP
|
|
Rabu, 03 Mac 2010 23:04 |
|

03 Mac 2010 - Kejohanan Olahraga Mini SMKTP 2010 selamat diadakan dalam suasana yang cukup meriah dan berjalan dengan lancar. Tergambar kesemuan warga SMKTP cukup seronok menjayakan kejohanan kali ini. Buat pasukan KD Jebat, TAHNIAH atas kejayaan mendapat johan keseluruhan pada tahun ini. Bagi rumah sukan yang lain, berusaha lebih lagi pada tahun akan datang. Tahniah juga pada KD Lekir atas kesungguhan mereka kerana memenangi persembahan kontijen terbaik atas undian dari 3 pihak dari KDSI. Majulah sukan untuk SMKTP dan NEGARA!

|
|
Selamat Bersara Tuan Pengetua - En Aswan Bin Pardi |
|
|
|
|
Tulisan oleh AdminSMKTP
|
|
Jumaat, 05 Februari 2010 16:01 |
|

Selamat bersara Tuan Pengetua SMKTP En Aswan Bin Pardi pada 05.02.2010 genap 55 tahun umur beliau. Semoga En Aswan sentiasa berbahagia selalu menghabiskan masa bersama keluarga tercinta, doa kami semua dari warga SMKTP.
Pengetua yang cukup di senangi dan di sayangi oleh warga SMKTP. Beliau cukup mesra, ramah, bertoleransi dan sentiasa mempunyai rasa hormat terhadap pekerja bawahannya. Kami akan sentiasa meningati En Aswan. Jika ada masa lapang dan terluang jemputlah singgah lagi di SMKTP En Aswan, sesekali terkenang perlawan pingpong bersama beliau.
Anda adalah yang terhebat En Aswan Bin Pardi!
KAMI WARGA SMK TANJUNG PENGELIH MENGUCAPKAN SELAMAT BERSARA EN ASWAN BIN PARDI, SEGALA KENANGAN BERSAMA TUAN KAMI SIMPAN DALAM MEMORI YANG TERINDAH!

|
|
|
|
|
<< Mula < Sebelumnya 1 2 3 4 Lagi > Akhir >>
|