Kata Aluan
Interaksi
Web Rujukan
Web Sekolah
| Sambutan Maulidur Rasul SMKTP 2010 |
|
|
|
| Tulisan oleh AdminSMKTP |
| Jumaat, 26 Mac 2010 13:17 |
|
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 26 Mac 2010 dengan penuh keinsafan dan penghayatan ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Majlis diisi dengan perarakan, bacaan Yasin, Marhaban, Bacaan Al Quran oleh En Azhar Bin Husin dan juga dendangan nasyid sekolah dari kumpulan RIJALULAKHYAR. Jamuan juga disediakan dan kemudiannya penceramah khas dari KDSI iaitu Yang Berbahagia Mejar Wan Madzlan bin Wan Abdullah ( Pegawai KAGAT KDSI Tanjung Pengelih-Penceramah Motivasi Pagi TV3 ) memberi ceramah dan tetamu kehormat iaitu YDP PIBG Lt Kdr Isa Bin Ahmad TLDM juga turut bersama dan meluangkan masa memberi hadiah kepada pemenang kuiz Maulidur Rasul. Semoga dengan majlis yang penuh keberkatan ini, akan memudahkan perjalanan di Padang Mahsyar di belakang Rasullullah menuju ke syurga Allah.Amin.
|




















